Drama Rindu Kasih 3 (Teratak Kasih Salina)
Tonton Drama Rindu Kasih 3 Teratak Kasih Salina, Pelakon Drama Teratak Kasih Salina, Sinopsis Drama Rindu Kasih 3, Drama baru TV3 tahun 2025,
Rindu Kasih 3 atau Teratak Kasih Salina adalah sebuah drama melayu terbaru yang akan menemui penonton di kaca televisyen tidak lama lagi. Drama ini akan ditayangkan di TV3 menerusi Slot Samarinda pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 10:00 malam bermula 18 Februari 2025.
BERITA TERKINI : Fasha Sandha Kembali Dengan Drama Baru Di Astro bertajuk Dzikir Bersama Fikry Ibrahim, Keith Foo Dan Ramai lagi!
Jangan bimbang sekiranya tidak sempat menonton Teratak Kasih Salina di kaca TV. Korang boleh strim drama ini di laman sesawang atau aplikasi TONTON bila bila masa dan di mana sahaja korang berada! Jadi korang tidak akan terlepas mana mana episod yang best.
Info Lengkap Drama Teratak Kasih Salina (Rindu Kasih Finale) Di TV3
Drama Teratak Kasih Salina dibintangi oleh ramai pelakon seperti Ummi Nazeera, Aqasha, Luqman Hafidz dan ramai lagi. Untuk pengetahuan korang, Drama ini diarahkan oleh Pali Yahya dan diterbitkan oleh P&D Pictures Sdn Bhd.
Credit : Drama Sangat
Untuk senarai penuh pelakon dan nama nama watak yang dibawakan mereka menerusi drama Teratak Kasih Salina, korang boleh rujuk jadual yang aku kongsikan dibawah ini.
No. | Pelakon | Watak |
---|---|---|
1 | Ummi Nazeera |
Salina |
2 | Aqasha | Qassim |
3 | Luqman Hafidz |
Faqeh |
4 | Fazlina Ahmad Daud |
Halijah |
5 | Mimi Ernida |
Rita |
6 | Erin CTJ |
Bella |
7 | Meor Mohd |
Iqbal |
8 | Amyza Aznan |
Shida |
9 | Khalida Balqis |
Keisha |
10 | Hasnul Rahmat |
Abdullah |
*Akan Dikemaskini Dari Semasa Ke Semasa
Info Ringkas Tentang Drama Teratak Kasih Salina
Tajuk Drama : Teratak Kasih Salina (Rindu Kasih Finale)
Saluran : TV3
Tarikh Tayangan : Bermula 18 Februari 2025
Waktu Tayangan : Setiap hari isnin hingga jumaat, 10:00 malam
Pengarah : Pali Yahya
Terbitan : P&D Pictures Sdn Bhd
Sinopsis Drama Teratak Kasih Salina
Drama ini mengisahkan kehidupan Salina selepas Amir yang merupakan suaminya meninggal dunia. Salina nekad membuka tempat untuk membantu gadis gadis yang bermasalah dan terlanjur dinamakan sebagai Teratak Kasih Salina. Sementara itu, Ibu kepada arwah suaminya Halijah masih dengan dendamnya yang ingin menjatuhkan Salina.