Drama Jadikan Aku Bidadari

Tonton Drama Jadikan Aku Bidadari, Pelakon Drama Jadikan Aku Bidadari, Sinopsis Drama Jadikan Aku Bidadari, Drama baru TV3 tahun 2025,
Jadikan Aku Bidadari adalah sebuah drama melayu terbaru yang akan menemui penonton di kaca televisyen tidak lama lagi. Drama Jadikan Aku Bidadari ini akan ditayangkan di TV3 menerusi Slot Akasia pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 7:00 malam bermula 30 Januari 2025.

BERITA TERKINI : Fasha Sandha Kembali Dengan Drama Baru Di Astro bertajuk Dzikir Bersama Fikry Ibrahim, Keith Foo Dan Ramai lagi!

Jangan bimbang sekiranya tidak sempat menonton Jadikan Aku Bidadari di kaca TV. Korang boleh strim drama ini di laman sesawang atau aplikasi TONTON bila bila masa dan di mana sahaja korang berada! Jadi korang tidak akan terlepas mana mana episod yang best.

Info Lengkap Drama Jadikan Aku Bidadari Di TV3

Drama Jadikan Aku Bidadari dibintangi oleh ramai pelakon hebat seperti Nazim Othman, Alya Iman, Farah Nabilah, Raja Afiq dan ramai lagi. Untuk pengetahuan korang, Drama Jadikan Aku Bidadari diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Stage Cinema Production.

Poster Drama Jadikan Aku Bidadari

Untuk senarai penuh pelakon dan nama nama watak yang dibawakan mereka menerusi drama Jadikan Aku Bidadari, korang boleh rujuk jadual yang aku kongsikan dibawah ini.
No. Pelakon Watak
1
Nazim Othman
Najmi
2 Alya Iman Dewi
3
Farah Nabilah
Ezzatul
4
Raja Afiq
Romy
5
Qistina Khaled
Ruby
6
Rasya Sofea
Yan
7
Eizlan Yusof
-
8
Lisdawati
-
9
Marisa Yasmin
-
10
Zaefrul Nordin
-
*Akan Dikemaskini Dari Semasa Ke Semasa

Info Ringkas Tentang Drama Jadikan Aku Bidadari

Tajuk Drama : Jadikan Aku Bidadari
Saluran : TV3
Tarikh Tayangan : Bermula 30 Januari 2025
Waktu Tayangan : Setiap hari isnin hingga jumaat, 7:00 malam
Pengarah : Jamal Khan
Terbitan : Stage Cinema Production 

Sinopsis Drama Jadikan Aku Bidadari

Drama ini mengisahkan tetntang Dewi, seorang gadis berada yang dicurangi oleh kekasih dan sahabat baiknya sendiri. Kekecewaan tersebut mempertemukan Dewi dengan seorang jejaka bernama Najmi yang juga pernah ditinggalkan kekasihnya. 

Pertemuan Dewi dan Najmi membawa mereka ke jinjang pelamin dengan harapan ia dapat mengubat luka yang lama. Namun,  pernikahan tersebut memberi mereka berdua dugaan yang lebih hebat. Keadaan menjadi lebih parah apabila terdapat campur tangan dari ibu Najmi sendiri yang menginginkannya mencari semula Ezza, kekasih lama Najmi. 

Merumitkan keadaan lagi apabila Dewi merasakan dirinya hanyalah bayangan kekasih lama Najmi selepas terjumpa gambar gambar lama Ezza yang menyerupai penampilan dirinya. 
LihatTutupKomentar