Drama Akad Yang Terlindung
Drama Akad Yang Terlindung | Drama melayu baru yang akan menemui penonton di kaca televisyen tidak lama lagi adalah drama bertajuk Akad Yang Terlindung.
BERITA TERKINI : Drama baru Lara Kasih Menggandingkan Chacha Meambong & Fikry Ibrahim Sebagai Teraju Utama | Info Drama Lara Kasih
Info Lengkap Drama Akad Yang Terlindung
Untuk artikel kali ini aku akan kongsikan dengan korang semua tentang informasi lanjut berkaitan dengan drama Akad Yang Terlindung dimana korang boleh dapatkan maklumat seperti Pengarah Drama, Penerbit, Sinopsis, Tarikh Tayangan dan lain lain.
Pengarah dan Tarikh Tayangan
Drama Akad Yang Terlindung yang diarahkan oleh Idora Abdul Rahman akan bersiaran pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10:00 malam di TV3 menerusi Slot Samarinda bermula 14 Januari 2025.
Buat korang yang tidak dapat menonton di kaca televisyen boleh tonton drama Akad Yang Terlindung secara online di laman sesawang atau aplikasi TONTON.
BERITA TERKINI : Drama Baru Anak Anak Mafia Lakonan Mierul Aiman Akan Datang!
Penerbit dan Pelakon
Akad Yang Terlindung merupakan sebuah drama terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd. Drama ini dibintangi oleh ramai pelakon! Korang boleh rujuk jadual dibawah untuk lihat senarai pelakon dan nama watak yang dibawakan oleh mereka dalam drama Akad Yang Terlindung.
No. | Pelakon | Watak |
---|---|---|
1 | Adam Lee |
Remy |
2 | Siti Hariesa | Sophia |
3 | Aziq Mukhriz |
Hidayat |
4 | Lorenzo Irmann |
Raff |
5 | Jasmin Hamid |
Salma |
6 | Sham Visa |
Azri |
7 | Ryun |
Lisa |
8 | Wilma Muhammad |
Aisyah |
9 | Faye Kusairi |
- |
10 | Esma Daniel |
Dato Haris |
11 | Maria Farida |
Datin Leyla |
12 | Khalida Balqis |
Lara |
Informasi Ringkas Tentang Drama Akad Yang Terlindung
Sinopsis Drama Akad Yang Terlindung
Mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Sophia yang penuh dengan dugaan bersama ibunya Aisyah. Ibu Sophia bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman Dato Haris dan Datin Leyla. Mereka berdua selalu menjadi mangsa buli kepada Datin Leyla dan anaknya Lisa. Apa yang berlaku membuatkan Sophia nekad untuk meninggalkan rumah tersebut tetapi ibunya tidak bersetuju.Sementara itu Sophia bertemu dengan seorang jejaka bernama Remy atas tujuan kerja tetapi pertemuan mereka menimbulkan rasa dan perasaan yang lebih mendalam. Remy juga sama seperti Sophia yang mempunyai dugaan hidup yang agak rumit dimana dia sering digunakan oleh keluarganya sendiri untuk kepentingan masing masing.Keadaan menjadi lebih parah apabila keluarga Remy ingin menyatukan dia dengan Lisa, anak kepada Dato Haris untuk mengukuhkan lagi perniagaan mereka. Hal ini membuatkan Sohpia rasa dirinya dikhianati.