Senarai Filem Melayu Baru Di Pawagam Bulan September 2024

Filem melayu di pawagam 2024, senarai filem melayu best, filem melayu di pawagam September 2024, filem melayu baru 2024, filem best 2024
Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan September 2024 | Untuk artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang senarai filem melayu yang bakal ditayangkan di pawagam pada bulan September 2024. 

TRENDING : Senarai Penuh Filem Melayu Baru Akan Datang Tahun 2024

Pada bulan Ogos 2024 kita dihidangkan dengan beberapa filem melayu seperti Takluk : Lahad Datu, Pungut dan Harimau Malaya : The Untold Journey. 

Macam mana pula dengan bulan September 2024?

Senarai Filem Melayu Baru Di Pawagam Bulan September 2024

Antara filem yang korang boleh tonton pada bulan September 2024 adalah Pontianak 200KG, Baik Punya Along, Tafakur dan juga Miftah Alam. Buat masa sekarang hanya ada empat filem melayu sahaja. Sekiranya ada penambahan aku akan masukkan ke dalam list ini juga untuk rujukan semua. 

Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan September 2024

  • Pontianak 200KG

Pontianak 200KG merupakan sebuah  filem arahan Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Primeworks Studio & Metrowealth. Filem Pontianak 200KG menampilkan beberapa orang pelakon seperti Ziana Zain, Ropie, Niezam Zaid dan ramai lagi.

Poster Filem Pontianak 200KG

Filem ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 5 September 2024 akan datang. Buat korang yang berminat untuk menonton trailer filem Pontianak 200KG boleh ke youtube channel Metrowealthpictures. [KLIK UNTUK INFO LENGKAP]

  • Baik Punya Ah-long

Filem arahan Adflin Shauki ini dibintangi oleh ramai pelakon dan antara yang terlibat adalah Zizan Razak, Johan, Achey Kintang Kintung dan ramai lagi.  

Poster Filem Baik Punya Ah Long

Filem Baik Punya Ah Long akan mula ditayangkan di pawagam pada 12 September 2024. Buat korang yang nak menonton trailer filem ini boleh ke youtube channel Astro Shaw. [KLIK UNTUK INFO LENGKAP]

  • Tafakur

Satu lagi filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada bulan September 2024 adalah Tafakur. Filem arahan Feisal Azizudin ini dilakonkan oleh beberapa orang pelakon seperti Luqman Hafidz, Syazani Zikry, Sasqia Dahuri dan ramai lagi.

Poster Filem Tafakur

Filem Tafakur akan mula ditayangkan di pawagam bermula 19 September 2024. Buat korang nak tengok trailer filem ini boleh ke youtube channel xxx. [KLIK UNTUK INFO LENGKAP]

  • Miftah Alam

Akhir sekali adalah Miftah Alam. Filem Arahan MD. Aidil Azhar ini dibintangi oleh beberapa orang pelakon seperti Zera Haris, Taiyuddin Bakar, Jue Aziz dan ramai lagi. 

Poster Filem Miftah Alam

Filem Miftah Alam akan mula ditayangkan di pawagam bermula 19 September 2024. Buat korang nak tengok trailer filem ini boleh ke youtube channel xxx. [KLIK UNTUK INFO LENGKAP]
No. Tajuk Filem Genre Bahasa Tayangan
1
Pontianak 200KG

Melayu  05 September 2024
2 Baik Punya Ah Long
Melayu 12 September 2024
3 Tafakur
Melayu 19 September 2024
4
Miftah Alam
- Melayu 19 September 2024
5
-
- - -
*Tarikh Tayangan adalah tidak rasmi, ianya berkemungkinan akan berubah dari semasa ke semasa mengikut tayangan rasmi panggung wayang di Malaysia.

Berikut adalah antara filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada bulan September 2024. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada korang semua terutama sekali buat peminat dan penyokong filem melayu kita. 
LihatTutupKomentar