Lirik Lagu Sesal Tak Bermakna - Jaclyn Victor

Lirik lagu Sesal Tak Bermakna Jaclyn Victor, lagu baru Jaclyn Victor, Lagu best 2024, lagu baru 2024, Lagu melayu Baru Ogos 2024,
Lirik Lagu Sesal Tak Bermakna - Jaclyn Victor | Dalam Segmen Lagu kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang lagu baru dari Jaclyn Victor yang bertajuk Sesal Tak Bermakna.


Untuk pengetahuan semua, komposer dan penulis lirik untuk lagu Sesal Tak Bermakna nyanyian Jaclyn Victor adalah Adrian Puan dan Gerald Sellan.

Official Music Video untuk lagu Sesal Tak Bermakna sudah pun dimuatnaik di youtube sejak 23Ogos 2024. Sekiranya korang berminat untuk menonton boleh ke youtube channel Jaclyn Victor sekarang. 

Buat korang yang nak nyanyi sama sama lagu Sesal Tak Bermakna nyanyian Jaclyn Victor boleh rujuk lirik lagu yang aku kongsikan dekat bawah.

Poster Lagu Sesal Tak Bermakna - Jaclyn Victor

Lirik Lagu Sesal Tak Bermakna - Jaclyn Victor

Bila Kenangan Menjelma
Hiba Jiwaku Tersiksa
Mahu Aku Cuba Tuk Melupakannya
Permainan Hatimu Yang Penuh Dusta

Masih Diriku Hanya Ingin Terbang Setiap Masa
Walaupun Hati Ini Dihancuri Tak Ku Relakan
Ceritera Sayu Pilu Ini Merubah Cinta
Hanya Takdir Penentu Segalanya Sesal Tak Bermakna

Biar Hati Dilukai
Hanya Tuhan Yang Mengerti
Hakikatnya Memori Tak Seindah Mimpi
Namunku Hanya Mampu Berdiam Diri

Masih Diriku Hanya Ingin Terbang Setiap Masa
Walaupun Hati Ini Dihancuri Tak Ku Relakan
Ceritera Sayu Pilu Ini Merubah Cinta
Hanya Takdir Penentu Segalanya Sesal Tak Bermakna

Sia Siaku Merasa Cinta
Semua Hanya Dusta Belaka
Mengejar Mimpi Tiada Sudah
Akan Ku Tabah Harungi Semua

Sia Siaku Merasa Cinta
Kerna Semua Hanya Dusta Belaka
Bagai Mengejar Mimpi Tiada Sudah
Namun Akan Ku Tabah Harungi Semua

Masih Diriku Hanya Ingin Terbang Setiap Masa
Walaupun Hati Ini Dihancuri Tak Ku Relakan
Ceritera Sayu Pilu Ini Merubah Cinta
Hanya Takdir Penentu Segalanya Sesal Tak Bermakna

Akan Tetap Ku Mengharungi Walau Tak Bermaya
Ku Mengaturi Laluan Hidup Tuk Cinta Yang Bermakna
Guys! Jaclyn Victor kembali lagi dengan lagu sendu yang sesuai untuk korang semua dengar time tengah putus cinta huwaaa. As usual kita tak boleh nak nafikan suara jaclyn memang sedap. betul tak? Bila datang pulak dengan lagu yang best memang ngam la kan. First time aku dengar lagu ini dekat spotify dah terus suka. Macam mana pulak dengan korang? 
LihatTutupKomentar