Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan Ogos 2024

Filem melayu di pawagam 2024, senarai filem melayu best, filem melayu di pawagam Ogos 2024, filem melayu baru 2024, filem best 2024
Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan Ogos 2024 | Untuk artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang senarai filem melayu yang bakal ditayangkan di pawagam pada bulan Ogos 2024. 

TRENDING : Senarai Penuh Filem Melayu Baru Akan Datang Tahun 2024

Pada bulan Julai 2024 kita dihidangkan dengan beberapa filem melayu seperti Siapa Buka Lampu, Hantu Telur Kampung, GOLD dan juga Lubuk. 

Macam mana pula dengan bulan Ogos 2024?

Poster filem baru di pawagam ogos 2024

Antara filem yang korang boleh tonton pada bulan Ogos 2024 adalah Takluk : Lahad Datu, Pungut dan juga Harimau Malaya : The Untold Journey. Buat masa sekarang hanya ada tiga filem melayu sahaja. Sekiranya ada penambahan aku akan masukkan ke dalam list ini juga untuk rujukan semua. 


Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan Ogos 2024

  • Takluk : Lahad Datu

Takluk : Lahad Datu merupakan sebuah  filem arahan Zulkarnain Azhar dan diterbitkan oleh Multimedia Film Productions. Filem Takluk : Lahad Datu menampilkan beberapa orang pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Eman Manan, Kamal Adli dan ramai lagi.

Poster Filem Takluk Lahad Datu

Filem ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 22 Ogos 2024 akan datang. Buat korang yang berminat untuk menonton trailer filem Takluk : Lahad Datu boleh ke youtube channel GSC Movies. [KLIK UNTUK INFO LENGKAP]

  • Pungut

Filem arahan Areel Abu Bakar ini dibintangi oleh ramai pelakon dan antara yang terlibat adalah Megat Shahrizal, Aman Graseka, Fad Anuar, Jebat Zulfar dan ramai lagi.  

Poster Filem Pungut

Filem Pungut akan mula ditayangkan di pawagam pada 29 Ogos 2024. Buat korang yang nak menonton trailer filem Pungut boleh ke youtube channel xxx. [KLIK UNTUK INFO LENGKAP]

  • Harimau Malaya : The Untold Journey

Satu lagi filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada bulan Ogos 2024 adalah Harimau Malaya : The Untold Journey. Filem arahan Adflin Shauki ini dilakonkan oleh beberapa orang pelakon seperti Merqeen, Hazama, Sophia Albarakbah, Vanida Imran,Erra Fazira dan ramai lagi.

Poster Filem Harimau Malaya The Untold Journey

Filem Harimau Malaya : The untold Journey akan mula ditayangkan di pawagam bermula 15 Ogos 2024. Buat korang nak tengok trailer filem ini boleh ke youtube channel Skopofficial_. [KLIK UNTUK INFO LENGKAP]
No.Tajuk FilemGenreBahasaTayangan
1
Takluk : Lahad Datu
AksiMelayu 22 Ogos 2024
2PungutAksiMelayu29 Ogos 2024
3Harimau Malaya : The Untold JourneySportsMelayu15 Ogos 2024
4
-
---
5
-
---
*Tarikh Tayangan adalah tidak rasmi, ianya berkemungkinan akan berubah dari semasa ke semasa mengikut tayangan rasmi panggung wayang di Malaysia.

Berikut adalah antara filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada bulan Ogos 2024. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada korang semua terutama sekali buat peminat dan penyokong filem melayu kita. 
LihatTutupKomentar