Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan Julai 2024

Filem melayu di pawagam 2024, senarai filem melayu best, filem melayu di pawagam Julai 2024, filem melayu baru 2024, filem best 2024
Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan Julai 2024 | Hai semua pembaca blog arepnakbebel, untuk artikel kali ini aku akan kongsikan dengan korang semua tentang senarai filem melayu yang bakal ditayangkan di pawagam Malaysia pada bulan Julai 2024. 

TRENDING : Senarai Penuh Filem Melayu Baru Akan Datang Tahun 2024

Pada bulan Jun 2024 kita dihidangkan dengan beberapa filem melayu seperti Padu dan juga Saka Perawan tetapi filem yang mendapat perhatian ramai selepas disiarkan adalah filem Zim Zim Ala Kazim yang dilakonkan oleh Ustaz Kazim sebagai teraju utama. 

Macam mana pula dengan bulan Julai 2024?  

Poster Filem melayu di pawagam julai 2024

Antara filem yang korang boleh tonton pada bulan Julai 2024 adalah Siapa Buka Lampu, Hantu Telur Kampung, GOLD dan juga Lubuk. Buat masa sekarang hanya ada empat filem melayu sahaja. Sekiranya ada penambahan aku akan masukkan ke dalam list ini juga untuk rujukan semua. 

Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan Julai 2024

  • Filem Siapa Buka Lampu

Siapa Buka Lampu merupakan filem arahan Reka Wijaya dan diterbitkan oleh SG Entertainment and Advertising, LCFilm Sdn Bhd dan juga Horizon Film Entertainment. Filem Siapa Buka Lampu menampilkan beberapa orang pelakon seperti Qasrina Karim, Azizul Ammar, Bell Ngasri dan ramai lagi.

Poster Filem Siapa Buka Lampu

Filem ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 4 Julai 2024 akan datang. Buat korang yang berminat untuk menonton trailer filem Siapa Buka Lampu boleh ke youtube channel GSCinemas


  • Filem GOLD

Filem arahan arahan Adrian Teh ini diterajui oleh Jack Tan yang memegang watak sebagai Cheah Liek Hou dan dibantu oleh beberapa pelakon lain lagi seperti Farid Kamil, Yasmin Hani, Wan Raja dan ramai lagi.  

Poster Filem GOLD

Filem GOLD akan mula ditayangkan di pawagam pada 11 Julai 2024. Buat korang yang nak menonton trailer filem GOLD boleh ke youtube channel Astro Shaw.


  • Hantu Telur Kampung

Satu lagi filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada bulan Julai 2024 adalah Hantu Telur Kampung. Filem arahan Mohd Jailani ini dilakonkan oleh beberapa orang pelakon seperti Sathiya, Firdaus Luthuffi, Shamsul Anuar dan ramai lagi.

Poster Filem Hantu Telur Kampung

Filem Hantu Telur Kampung akan mula ditayangkan di pawagam bermula 11 Julai 2024. Buat korang yang nak tengok trailer filem Hantu Telur Kampung boleh ke youtube channel xxx.


  • Filem Lubuk

Lubuk merupakan filem arahan Mark Lee See Teck. Filem ini diterbitkan Hug Pictures Sdn Bhd. Filem Lubuk menampilkan beberapa orang pelakon seperti Tony Eusoff, Megat Sharizal, Chew Kin Wah dan ramai lagi.

Poster Filem Lubuk

Filem ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 18 Julai 2024 akan datang. Buat korang yang berminat untuk menonton trailer filem Lubuk boleh ke youtube channel Hugprojects

No.Tajuk FilemGenreBahasaTayangan
1
Siapa Buka Lampu
Comedy/HorrorMelayu 04 Julai 2024
2GOLDDrama/SportsMelayu/Mandarin11 Julai 2024
3Hantu Telur KampungComedy/HorrorMelayu11 Julai 2024
4
Lubuk
ThrillerMelayu18 Julai 2024
5
-
---
*Tarikh Tayangan adalah tidak rasmi, ianya berkemungkinan akan berubah dari semasa ke semasa mengikut tayangan rasmi panggung wayang di Malaysia.

Berikut adalah antara filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada bulan Julai 2024. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada korang semua terutama sekali buat peminat dan penyokong filem melayu kita. 
LihatTutupKomentar