Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan Jun 2024

Filem melayu di pawagam 2024, senarai filem melayu best, filem melayu di pawagam Jun 2024, filem melayu baru 2024, filem best 2024
Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan Mei 2024 | Seperti biasa, menerusi artikel kali ini aku akan kongsikan dengan korang semua tentang senarai filem melayu yang bakal ditayangkan di pawagam Malaysia pada bulan Jun 2024. 

TRENDING : Senarai Penuh Filem Melayu Baru Akan Datang Tahun 2024

Pada bulan Mei 2024 kita dihidangkan dengan beberapa filem melayu seperti Ngesot dan juga Rebel tetapi filem yang mendapat perhatian ramai selepas ianya disiarkan adalah filem Memoir Seorang Guru dan juga filem The Experts. 

Macam mana pula dengan bulan Jun 2024?  

Info lanjut tentang filem di pawagam jun 2024

Antara filem yang korang boleh tonton pada bulan Jun 2024 adalah Padu, Zim Zim Ala Kazim dan juga Saka Perawan dan Abnormal : Buas. Buat masa sekarang hanya ada empat filem melayu sahaja. Sekiranya ada penambahan aku akan masukkan ke dalam list ini juga untuk rujukan semua. 


Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan Jun 2024

  • Padu

Padu merupakan filem arahan Faizal Ishak dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Filem Padu menampilkan beberapa orang pelakon seperti Fify Azmi, Umie Aida, Melissa dan ramai lagi.

Poster Filem Padu di Pawagam jun 2024

Filem ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 6 Jun 2024 akan datang. Buat korang yang berminat untuk menonton trailer filem Padu boleh ke youtube channel Skopofficial_


  • Zim Zim Ala Kazim

Filem arahan arahan Mawi World ini diterajui oleh Dato Ustaz  Kazim Elias sendiri dan terdapat banyak lagi pelakon pelakon lain yang terlibat seperti Bell Ngasri, Zarina Anjoulie dan ramai lagi.  

Info Tentang Filem Zim Zim Ala Kazim

Filem Zim Zim Ala Kazim akan mula ditayangkan di pawagam pada 13 Jun 2024. Buat korang yang nak menonton trailer filem Zim Zim Ala Kazim boleh ke youtube channel Mawi World TV.


  • Abnormal : BUAS

Satu lagi filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada bulan Jun 2024 adalah Abnormal : BUAS. Filem arahan Azhari Zain ini dilakonkan oleh beberapa orang pelakon seperti Aeril Zafril, Nabila Huda, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi.

Info Tentang Filem Abnormal BUAS

Filem Abnormal : BUAS akan mula ditayangkan di pawagam bermula 20 June 2024. Buat korang nak tengok trailer filem ini boleh ke youtube channel xxx.


  • Saka Perawan

Saka Perawan merupakan filem arahan Mohd Idham. Filem ini diterbitkan Grand Brilliance Sdn Bhd. Filem Saka Perawan menampilkan beberapa orang pelakon seperti Sophia Albarakbah, Afieq Shazwan, Isyariana dan ramai lagi.

Info tentang filem Saka Perawan

Filem ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 27 Jun 2024 akan datang. Buat korang yang berminat untuk menonton trailer filem Saka Perawan boleh ke youtube channel xxx

No.Tajuk FilemGenreBahasaTayangan
1
Padu
Biogarphy/Drama/SportsMelayu 06 Jun 2024
2Zim Zim Ala KazimComedy/HorrorMelayu13 Jun 2024
3Abnormal: BUAS
Melayu20 Jun 2024
4
Saka Perawan
Comedy/HorrorMelayu27 Jun 2024
5
-
---
*Tarikh Tayangan adalah tidak rasmi, ianya berkemungkinan akan berubah dari semasa ke semasa mengikut tayangan rasmi panggung wayang di Malaysia.

Berikut adalah antara filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada bulan Jun 2024. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada korang semua terutama sekali buat peminat dan penyokong filem melayu kita. 
LihatTutupKomentar