Drama Kiblat Ke Syurga

Tonton Drama Kiblat Ke Syurga, Pelakon Drama Kiblat Ke Syurga, Sinopsis Drama Kiblat Ke Syurga, Drama baru Astro 2024,
Drama Kiblat Ke Syurga | Drama melayu baru yang akan menemui penonton di kaca televisyen korang tidak lama lagi adalah drama yang berjudul Kiblat Ke Syurga.


Info Lengkap Drama Kiblat Ke Syurga

Dalam artikel kali ini aku akan kongsikan dengan korang tentang informasi lanjut berkaitan dengan drama Kiblat Ke Syurga dimana korang boleh dapatkan maklumat seperti pengarah drama, penerbit, pelakon dan lain lain lagi.

Pengarah Dan Tarikh Tayangan

Drama Kiblat Ke Syurga yang diarahkan oleh Ezrie Gazali ini akan bersiaran setiap hari rabu dan khamis jam 9:00 malam di saluran Astro Ria bermula 5 Jun 2024.

Poster Drama Kiblat Ke Syurga

Buat korang yang tidak dapat menonton di kaca televisyen, boleh tonton drama Kiblat Ke Syurga secara online di laman sesawang atau aplikasi Astro GO.

Penerbit Dan Pelakon

Kiblat Ke Syurga merupakan sebuah drama terbitan Le Mediator Studio. Drama Kiblat Ke Syurga dibintangi  ramai pelakon seperti Syarul Ezani dan Azira Shafinaz. Korang boleh rujuk jadual dibawah untuk senarai pelakon dan nama watak yang dibawakan oleh mereka.

No. Pelakon Watak
1
Syarul Ezani
-
2 Azira Shafinaz -
3
Iedil Dzuhri
-
4
Shah Kimin
-
5
Natasha Elyzza
-
6
Megat Sharizal
-
7
Lisa Surihani
-
*Akan Dikemaskini Dari Semasa Ke Semasa


Informasi Ringkas Tentang Drama Kiblat Ke Syurga

Tajuk Drama : Kiblat Ke Syurga
Saluran : Astro Ria
Tarikh Tayangan : TBC
Waktu Tayangan : TBC
Pengarah : Ezrie Gazali
Terbitan : Le Mediator Studio
Pelakon : Syarul Ezani, Azira Shafinaz, Iedil Dzuhri, Shah Kimin, Natasha Elyzza, Megat Sharizal, Lisa Surihani dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Kiblat Ke Syurga

Drama ini mengisahkan tentang Nina yang sudah berkahwin dengan seorang jejaka bernama Fakri. Hidup mereka bahagia tetapi sayangnya kurang ilmu agama. Pada suatu hari Nina mendapat hidayah dan cuba untuk berubah menjadi seorang muslimah yang lebih baik.

Dalam usaha tersebut, Nina bertemu dengan seorang ustaz yang bernama Hadi dan secara tidak sengaja mempunyai perasaan kepada ustaz tersebut. Ustaz Hadi juga dalam diam mempunyai perasaan terhadap Nina tetapi pada masa yang sama dia juga mempunyai masalah kerana keluarga sudah mengaturkan perkahwinannya dengan seorang penceramah agama, Dr. Khadijah.

Manakala suami Nina iaitu Fakhri pula mengambil keputusan untuk mempelajari agama untuk memperbaiki hubungan rumah tangganya yang bergolak dengan meminta nasihat dari Ustaz Hadi. Fakhri tidak tahu bahawa Nina juga meminta nasihat tentang agama dengan orang yang sama. 
LihatTutupKomentar