Pengalaman Baiki Aircond Kereta Rosak Di Hamka Trading Jeli Kelantan

pengalaman baiki aircond kereta bocor, tukar cooling coil kereta, penyebab aircond tak sejuk, aircond kereta tak sejuk, baiki aircond kat sejuk

Sebelum ini aku pernah share pasal masalah aircond kereta tak sejuk lepas tuh pergi bengkel tak tahu apa masalah dia. Korang boleh baca entry Masalah Aircond Kereta Tak Sejuk. Lepas tuh datang balik baca sharing yang nih pulak okay?

Kejadian aircond tak sejuk tuh berlaku tahun 2022 bulan januari. Lepas dah tambah gas pun tetap tak settle jugak sebab tak sampai 24 jam dia habis. Bukan gas je yang habis tapi dengan duit duit aku sekali dia habis haha. Waktu tuh aku malas nak fikir, aku decided untuk biarkan jer sebab aircond takde pun bukan masalah besar sangat. Kereta masih boleh jalan kecuali time hujan la terpaksa mereput dekat mana mana dulu baru boleh drive.

Bulan November 2022 barulah aku gigihkan diri pergi cari bengkel lain untuk check sekali lagi apa masalah aircond kereta aku sebab waktu tuh Alhamdulillah ada rezeki sikit untuk baiki aircond. Bukan apa, kereta nih bila aircond dah rosak nak baiki dia bukan murah guys boleh berbuih mulut nak bayar nanti hehe. 

Aku dah lama sebenarnya nak datang bengkel Hamka Trading Jeli Kelantan tapi kedai dia agak jauh dari rumah aku. Biasanya kalau nak baiki aircond atau benda lain yang memerlukan masa of course lah kena tinggal kereta. Bila jauh dari rumah susah nak balik. Dekat jeli bukannya senang nak dapatkan teksi dan bas, kalau grab pulak memang jauh sekali la sebab tak ada.

Aircond kereta cooling coil rosak

Dipendekkan cerita aku pergilah bengkel Hamka Trading nih minta dorang check apa masalah aircond kereta aku dan alhamdulillah dorang boleh detect. Aku risau juga sebab kedai sebelum nih cakap susah nak check. Rupa rupanya aircond kereta aku tak sejuk disebabkan oleh cooling coil bocor

Cooling coil kereta bocor

Dari pembacaan aku, cooling coil bila dah bocor tuh kau tukar dengan baru jer la sebab dalaman cooling coil tuh dah menipis. Kalau kau welding tempat bocor tuh takutnya tak sampai sebulan dua kena baiki balik kan pishang tuh mat. Kebanyakan kereta kalau nak keluarkan cooling coil mesti kena buka dashboard. Benda tuh nak buka ambil masa pastuh upah pun bukannya murah. 

Tapi Alhamdulillah pekerja dekat Hamka Trading Jeli nih dorang buat kerja dengan jujur. Waktu aku datang nak ambil kereta, bos dia bagitau aku dorang tak buka dashboard sepenuhnya pun untuk keluarkan cooling coil. Dekat situ aku dah jimat sikit duit sebab kalau buka dashboard sepenuhnya harga upah lain tapi disebabkan tak buka sepenuhnya harga jadi lebih murah. 

Patutlah ramai orang suka datang Hamka Trading untuk baiki kereta. Komen yang diberikan oleh pelanggan dorang dekat google pun banyak yang positif. Tak menyesal aku pergi kedai dorang untuk baiki aircond kereta. 

Berbalik kepada masalah aircond tuh, Alhamdulillah selepas dah tukar cooling coil (dia tukar sekali dengan valve) aircond kereta aku dah sejuk balik. Korang mesti nak tahu berapa dorang charge untuk baiki aircond kereta aku tuh kan? 

Maaflah korang aku tak boleh nak list down satu satu harga sebab invoice dah hilang entah kemana tapi aku masih ingat total bill dia RM570. Pada pendapat aku harga macam nih sangat berpatutan. Aku pernah dengar cerita jiran jiran yang baiki aircond kereta harga yang dorang bayar lebih mahal. 

Setakat hari ini aircond kereta aku masih berfungsi dengan baik tanpa ada sebarang masalah. Kalau korang tinggal berdekatan dengan Jeli atau sedang mencari bengkel kereta yang okay bolehlah gunakan servis dari Hamka Trading Jeli Kelantan. Ini bukan paid review ke apa tau, aku share sebab sepanjang aku pergi memang servis dia okay. 

Hamka Trading Jeli Kelantan 

Alamat : Dekat google tak ada exact address, korang just waze jer nama kedai insyaAllah jumpa
Nombor Telefon : 0139166450
Waktu Operasi : Buka Setiap Hari Jam 8:30 Pagi hingga 6:00 Petang  (Kecuali Jumaat tutup)
LihatTutupKomentar