Pengalaman Menggunakan Aplikasi JPJEQ di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
nombor giliran jpj guna aplikasi JPJEQ, pengalaman guna JPJEQ, Bayar roadtax di JPJ, cara bayar roadtax di JPJ guna JPJEQ,
Hai korang! Hari ini aku nak share pengalaman guna JPJEQ buat pertama kali masa nak bayar roadtax dekat JPJ. Sejujurnya aku memang tak peka sangat pasal kewujudan JPJEQ nih. Aku tak tahu pun kalau nak berurusan dekat JPJ kena download aplikasi JPJEQ dulu.
Nak dijadikan cerita, hari isnin yang lepas aku pergi JPJ paling dekat dengan rumah aku which is JPJ Machang. Kalau drive ke sana akan mengambil masa lebih kurang 40 minit. Aku tak kisah sangat pasal jauh tuh sebab so far berurusan dengan staff JPJ dekat situ smooth jer dan kebanyakannya friendly bagi pengalaman aku setakat ini.
Aku gerak awal pagi dari rumah supaya dapat selesaikan urusan dengan cepat. Kalau datang lambat memang kau akan mereput dekat situ jer sebab setiap hari ada ramai orang yang datang berurusan dengan JPJ.
Waktu tuh ngam ngam aku sampai jam 8 pagi. Lepas parking kereta masuk dalam kawasan JPJ aku tengok dah ramai orang beratur. Sampai jam 8 pagi pun dah ramai orang kalau datang jam 9 memang tak boleh expect urusan akan settle cepat la kan.
Time beratur tuh masing masing tengah fokus dengan phone. Aku pun tanyalah dorang buat apa and salah sorang yang beratur tuh cakap tengah download aplikasi JPJEQ untuk dapatkan nombor giliran.
Aku lost kejap sebab tak tahu apa apa kan!
Tapi aku tak lost sorang sorang sebab ada ramai lagi yang tak tahu. Aku agak kelam kabut sebab kalau nak download aplikasi nih akan ambil masa. Internet laju cepat la kan tapi kalau internet macam siput? hmm faham faham jelah. Tuh belum lagi bab nak register, mesti akan ambil masa yang lama.
Alhamdulillah, proses nak download aplikasi tuh pun senang dan kita tak perlu register apa pun. Just download terus boleh guna tanpa was was hehe.
Tak dinafikan bila guna JPJEQ memang cepat berbanding sebelum ini.
Kalau korang nak tahu, sebelum ini kalau pergi JPJ Machang, kitorang kena beratur dan isi nama dalam buku. Lepas tuh staff JPJ akan print out nombor giliran dan dorang akan bagi nombor tuh mengikut nama yang kitorang tulis dalam buku tersebut. Agak time consuming dekat situ. betul tak?
Bila dorang guna aplikasi JPJEQ ini memang membantu mempercepatkan proses dapatkan nombor giliran. Yang bestnya dalam app tuh dia akan tunjuk nombor giliran kita, nombor giliran terkini dan jumlah orang menunggu.
Senang macam tuh sebab kalau korang ada kerja sekejap nak buat lepas dah dapatkan nombor, korang boleh jer keluar pastuh just tengok je aplikasi JPJEQ untuk pastikan korang tak terlepas nombor giliran.
Selain aplikasi JPJEQ, pembayaran juga perlu dibuat menggunakan kad, aku rasa bab payment nih dah ramai tahu kan. Jadi, untuk korang yang nak buat payment dekat JPJ make dalam akaun tuh ada amount duit yang mencukupi.
Bagi pengalaman aku sendiri, proses nak bayar roadtax aritu memang sangat sangat cepat sebab nombor dapat secara digital pastuh bayaran pun senang bila guna kad. Kalau guna cash ini kadang kadang lambat sebab dorang kena kira duit dulu cukup ke tak. Kalau kurang kena tambah, kalau lebih kena bagi baki pulak. dekat situ dah ambil masa betul tak?
Untuk pengalaman korang macam mana pulak? Okay ke KO?