Beli Barang Keperluan Asas Di Gerai Prihatin Rakyat
gerai prihatin rakyat, beli barang dapur murah di gerai prihatin rakyat, GPR, beli barang murah, barang dapur murah
Kalau tak silap aku Gerai Prihatin Rakyat ini pernah dibuat sebelum ini tapi sejujurnya aku tak pernah tahu pun haha. Untuk tahun 2022, aku dapat informasi pasal Gerai ini waktu ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di area tempat aku tinggal.
Kebetulan pulak, Gerai Prihatin Rakyat kali ini diadakan berdekatan dengan rumah aku. Jadi, aku ambil peluang yang ada untuk singgah dan beli barang keperluan asas dengan harga yang lebih murah.
Barangan yang dijual dibuat dalam satu set dimana dalam set tersebut terdapat Beras 5KG, seekor ayam, minyak masak 1KG, ubi kentang -/+ 1.5 KG dan bawang merah -/+ 1.5 KG dengan harga RM30 jer.
Dengan keadaan kewangan orang kita sekarang ini, bagi aku harga yang dikenakan untuk 5 barang keperluan asas RM30 memang berpatutan dan menjimatkan. Aku ada jugak buat pengiraan kalau beli semua 5 barang nih dekat luar memang mahal sikit berbanding dengan beli dekat Gerai Prihatin Rakyat.
Kemudahan yang orang dah bagi kita gunakanlah dengan sebaiknya. Jimat beberapa ringgit tuh memang dah berbaloi sebab duit lebih tuh boleh gunakan untuk benda lain. Dulu aku sendiri pun memang tak kisah sangat tapi bila dah tua nih semua benda termasuk barang dapur kalau boleh nak jimat haha.
Aku pergi awal pagi tadi nak beli barang dapur murah sebab kalau lambat takut habis. Ingatkan datang awal tak ada orang tapi rupanya dah ramai orang menunggu. Apa pun alhamdulillah dapat jugalah beli keperluan asas nih. Ayam seekor yang beli tadi dah jadi sup ayam dan selamat masuk dalam perut aku. Syukur kenyang hehe.