Dah Parking Elok Pun Tetap Kena Langgar! Tinggal Nota Tapi Ikhlas Ke Tak?

pengalaman kereta kena langgar dengan orang yang tak dikenali waktu parking dalam Setia City Mall

Dah Parking Elok Pun Tetap Kena Langgar! Tinggal Nota Tapi Ikhlas Ke Tak? | Bila bercakap pasal kereta jer mesti mood aku down sebab banyak sangat benda yang berlaku sampai aku tak boleh nak keep up tapi untuk kali nih aku nak share dengan korang pasal kereta aku kena langgar.

Drive pergi KL adalah salah satu benda yang buat aku fikir panjang sebab first time aku pergi sana ada kejadian yang tak diingini berlaku. Korang boleh baca entry pengalaman pertama kali aku drive ke KL.

Baca Juga : Pengalaman Pertama Kali Memandu Ke Kuala Lumpur 

Cerita yang penuh drama tapi alhamdulillah untuk kali kedua aku drive ke KL memang tak ada masalah langsung sampailah kena langgar waktu dekat Setia City Mall selepas beberapa hari stay dekat sana.

Pada hari kejadian tuh aku decided untuk pergi ke Setia City Mall dan tempat tuh pulak dekat dengan rumah member aku. So, kitorang hang out dekat sana dengan happy tanpa sebarang masalah. Waktu nak balik tuh aku terus pergi tempat parking kereta. Masa nak keluarkan kunci kereta dari bag aku ternampak satu nota dekat cermin depan dia tulis "sorry boss, call me 012-xxxxxx". 

Waktu ternampak nota tuh meremang bulu roma sebab masih tak boleh nak brain apa yang berlaku. Kelam kabut aku check kereta sebab for sure kena langgar nih. Bila tengok dekat bahagian depan kereta rasa nak hempuk jer orang yang langgar tuh sebab kereta aku yang elok duduk dalam tempat parking kau masih boleh langgar.



Waktu tengok keadaan kereta nih aku masih rileks lagi la sebab dia ada tinggalkan nombor phone tapi waktu abang ipar aku nak call dia baru perasan yang nombor phone yang dia tulis sebenarnya tak cukup satu nombor. 

Aku tak tahulah samada dia cuak sampai nak tulis nombor phone sendiri pun kelam kabut atau dia sengaja tulis camtuh sebab ada orang yang tengah perhatikan dia. Kalau ada orang tengok tak kan nak tinggalkan macam tuh mestilah nak kena buat sesuatu betul tak. 

Tak boleh nak buat conclusion sebab kita tak tahu hati orang macam mana. Kalau betul cuak tak apalah tapi kalau sengaja pun tak apalah, kifarah tuh ada.
LihatTutupKomentar