Risau Banjir Tapi Redah Jugak Pergi JPJ Bayar Roadtax!
Pengalaman Bayar Road Tax Kereta, Bayar roadtax dekat JPJ, Bayar roadtax waktu banjir
Risau Banjir Tapi Redah Jugak Pergi JPJ Bayar Roadtax! | Korang tahu kan sebelum nih kita boleh tangguh bayar roadtax sampai 31 Disember 2021 kan. Sebagai rakyat marhaen yang tak berapa nak ada duit berkepok kopek dalam wallet aku decided untuk tangguh dulu bayaran.
Aku kalau boleh nak bayar nanti bila dah nak dekat 31 Disember 2021 tapi dengan keadaan sekarang aku tak rasa aku boleh postpone lama lama sangat takut nanti tak boleh nak pergi disebabkan jalan naik air.
Aku dah planned siap siap jam berapa nak pergi JPJ sebab kalau lambat sampai nanti sia sia tak dapat nombor. Selalunya aku pergi JPJ selepas subuh jam 6.40 pagi camtuh sebab JPJ jauh dari rumah. Estimated Arrival aku dalam 7.30 pagi so that bila dah sampai aku boleh tunggu kat pagar nanti dah bukak boleh dapat nombor cepat dan siap awal tapi nan hado sebab aku bangun pun 6.30 pagi haha.
Nak cepat punya pasal mandi pun tidak ya kawan kawan. Lepas solat subuh tuh terus keluar sebab banyak benda nak kena setal sebelum gerak pergi JPJ contohnya withdraw duit dan isi minyak kereta.
First benda yang nak kena buat of course la kena withdraw duit dulu sebab kalau tak ada duit semua benda tak jalan tapi aku tak tahulah kenapa pagi pagi ATM dah buat drama! dia kehabisan duit pulak. Aku hampir give up tapi bila tengok dalam wallet ada lagi RM30 aku redah jer sampai jumpa Caltex untuk isi minyak.
Bila dah setel isi minyak aku redah lagi sampai jumpa tempat yang ada ATM. Alhamdulillah jumpa ATMnya tapi Offline. Rasa macam nak menangis di bucu katil sebab waktu tuh dah jam 8 pagi. Aku tak nak buang masa masuk bandar untuk cari ATM sebab nanti akan makin lambat sampai JPJ.
So conclusion dia aku pergi je JPJ and tanya dorang boleh bayar dengan kad tak. Syukur dorang cakap boleh. Aku bukan apa kadang kadang line tak ok machine takleh nak guna. Nak pulak sekarang dengan banjir apa semua takut benda tuh bagi kesan.
Bila dorang cakap boleh, aku terus tulis nama pastuh tunggu guard yang jaga bagi nombor giliran. Guess what? Aku dapat nombor 46. JPJ buka jam 8 pagi, aku sampai dalam 817 pagi. Tak sampai 20 minit dah ada 40 orang lebih kat situ. Kalau aku sampai jam 9 pagi confirm dah habis nombor. tak pun dapat nombor hujung2. tak ke sampai petang aku menapak kat sana.
Walau pun sambil menunggu giliran tuh aku menguap dua tiga kali tapi aku rasa bersyukur sangat dapat settle kan semua dalam waktu yang cepat. Bagus jugaklah service dekat JPJ yang aku pergi tuh. Lepas dah settle aku terus drive balik sebab risau kang time balik air naik dekat mana mana nanya pak abu hehe.
Korang pulak macam mana? Dah bayar roadtax kereta belum? Kalau belum, bayar cepat cepat sebelum 31 Disember 2021 nanti kang tak pasal pasal kena saman sebab bawa kereta dengan roadtax yang tamat tempoh.