Pengalaman Nak baiki Phone Skrin Pecah Tapi Tak Jadi | Misteri Kedai Baiki Telefon

kedai baiki phone di kelantan, pengalaman baiki phone, pengalaman buruk baiki phone, phone rosak, baiki skrin phone rosak,

Misteri Kedai Baiki Telefon | Kenapa Boleh Jadi Macam nih? | Nih bukan misteri nusantara tau korang tapi ini adalah misteri yang membuatkan otak aku tak boleh brain bila kedai telefon bagi alasan tak munasabah. Aku nak citer pastuh nanti korang nilai sendiri. Kalau korang rasa aku yang salah, aku akan respect pendapat korang.

Bulan November yang lepas  screen phone aku retak seribu sebab terjatuh dari kereta. Waktu tuh kereta tengah bergerak jadi rosaknya agak teruklah jugak sampai nak guna pun tak boleh. Jadi, aku kenalah cari kedai yang boleh baiki phone aku sebab dalam phone tuh macam macam ada. 

Nak dijadikan cerita, aku decided untuk baiki phone dekat satu kedai nih yang katanya boleh baiki dalam jangka masa yang cepat dan proses tuh kita boleh tengok depan mata.

Kedai tuh agak jauh dari rumah aku. Jadi, sebelum aku main terjah je, aku cuba call dulu untuk tanya samada dorang ada stock ke tak sebab aku tak suka buang masa. First time aku call tak ada orang angkat tapi aku masih husnuzon sebab waktu tuh hari jumaat. Maybe dorang  sibuk dengan pelanggan atau sibuk sebab get ready nak pergi solat jumaat.

phone rosak nak baiki

Lepas tuh aku whatsapp, adalah staff dorang yang reply. Seperti yang aku jangka, stock untuk phone aku memang tak ada. Kalau nak jugak kena order dulu pastuh nanti bila dah sampai baru aku pergi kedai  tapi kalau nak order apa apa mestilah kena bayar deposit dulu. Kalau aku tak jadi nak baiki lepas dorang order barang takdelah dorang rugi. betul tak?

Deposit aku bayar pun bukannya banyak, RM20 macam tuh jer. Aku order dan bayar deposit pada 12 November 2021. Staff dorang cakap barang akan sampai esok atau lusa. Maksudnya barang tuh mungkin akan sampai pada 13 November 2021 atau 14 November 2021. 

Pada 13 November 2021, Aku langsung tak contact dorang sebab aku boleh agak yang barang tuh tak mungkin akan sampai dalam masa satu hari jer sebab kitorang dekat kelantan. Kalau ikut pengalaman shopping online memang tak mungkinlah barang sampai cepat macam tuh.

So, on 14 November 2021 jam 1105 pagi aku cuba contact dorang by whatsapp tanya samada barang yang aku order untuk phone aku dah sampai ke belum tapi malangnya tak ada orang reply. Aku masih lagi bersabar sampai petang.

Disebabkan tak ada orang balas, petang tuh aku terus call. Aku call dorang lebih 10 kali rasanya tapi tak ada sorang pun angkat call aku. Aku siap whatsapp lagi sekali tanya kenapa takde orang angkat call. Mesej delivered tapi nan hado. 

Dalam perbualan kitorang dekat whatsapp, staff dorang ada mentioned kalau barang sampai dorang akan call. Yes, aku paham tuh tapi as a customer kita nak tahu update sebab kau sendiri cakap barang akan sampai dalam masa satu atau dua hari. Kalau kau direct bagitau nanti barang sampai kitorang akan call tanpa bagi harapan cakap dua hari barang akan sampai, aku tak akan call atau whatsapp untuk tanya.

Geram punya pasal aku gerak pergi kedai. Dekat sejam jugaklah perjalanan aku nak ke kedai dia.Waktu aku sampai tuh ada sorang staff dekat dalam. Aku approached and tanya nombor phone yang dorang letak dekat luar kedai tuh berfungsi atau tidak sebab call takde orang angkat, whatsapp pun takde orang reply. 

Dia dengan selamba badaknya cakap yang phone dorang guna tuh ada problem sebab tuh tak dapat call dari aku. Bila kau cakap macam tuh, dah jelas terbukti yang problem tuh datang dari kau. Kenapa kau boleh jawab soalan customer tanpa rasa bersalah?

Tak boleh ke cakap "Maaf abg, phone kami ada masalah sikit, call kadang masuk kadang tak". Sejuklah jugak hati nih kalau cakap macam tuh. Ini tidak, jawab macam kita nih budak budak hingusan. Kata sorry tuh langsung tak keluar. Susah ke nak cakap sorry? kalau cakap sorry nanti keluar emas ke dari mulut kau? 

Yang membuatkan aku rasa lagi sakit hati. Kedai kau tuh obviously kedai baiki phone. Bagi alasan dekat customer cakap phone kau rosak adalah sangat bullshit. 

Kalau betul phone ada problem kau baikilah, tak pun gunalah phone yang lain sebab nombor tuh penting untuk kegunaan kedai. customer nak call nak tanya apa macam mana kalau kau biarkan je phone macam tuh. Tuh pun nak kena ajar jugak ke?

Macam mana customer nak bagi kepercayaan dekat kau untuk baiki phone dorang kalau kalau phone yang kau sendiri guna pun kau tak boleh nak baiki. 

Hujung hujung aku cakap aku dah tak nak baiki phone aku dekat kedai dia tapi dia bagi alasan barang tuh dah order. Aku cakaplah yang aku dah bayar deposit kan, kalau aku cancel burn je la deposit tuh. Aku tak nak duit refund apa apa pun pastuh tiba tiba dia sentap and bagi balik deposit tuh dekat aku. 

Aku sebenarnya tak nak ambil duit tuh sebab kalau kita sendiri yang cancel order sepatutnya memang burn la deposit kan tapi bila dia pun perangai macam hanat aku ambil jer. Boleh jugak guna duit tuh beli teh o ais untuk sejukkan hati.

Sampai situ jelah pengalaman aku dekat kedai baiki phone tuh. Sekarang nih terpaksalah cari kedai lain untuk baiki phone. Nak cepat punya pasal last last jadi lambat jugak. Macam macam hal kan. 

LihatTutupKomentar