Burger KFC P Ramlee Rasa Kuah Kari Nasi Kandar! Boleh Makan ke?

burger baru KFC, Menu baru KFC, Burger P Ramlee Nasi Kandar KFC, macam mana rasa burger nasi kandar KFC, burger sedap, Review Burger KFC Nasi Kandar
Burger KFC P Ramlee Rasa Macam Kuah Kari Kandar? Why? | Hi korang! Sejujurnya kan sekarang ini aku rasa macam lemau sangat. Kalau ikut hati memang nak tidur jer tapi sebelum aku meneruskan niat tuh marilah kita sembang pasal burger terbaru dari KFC which is Burger P Ramlee. 

Masa KFC memperkenalkan Burger P Ramlee yang ada rasa macam Kuah Kari Kandar, Aku pun curious jugak kenapa Kuah Kari Kandar? Bila baca pasal Burger nih dekat website Harian Metro, Baru aku tahu ianya dihasilkan untuk memberi penghormatan kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee dimana beliau dilahirkan di Pulau Pinang dan menggemari hidangan nasi kandar.

Aku pun suka makan nasi kandar! Tinggal dekat kedah hampir 3 tahun memang pelik la kalau tak makan nasi kandar haha. Korang suka tak makan nasi kandar? Kalau suka kita memang geng la. 

Kesedapan nasi kandar memang tak boleh dinafikan tapi macam mana pulak dengan burger yang ada rasa kuah kari kandar? sedap ke? tak pelik ke combination dia?

Burger KFC P Ramlee Nasi Kandar

Macam nihlah packaging Burger P Ramlee tuh. "Sekali Rasa Bergetar Jiwa" katanya. Jom kita tengok macam mana rupa dia. Adakah jiwa korang akan bergetar sebelum makan? letak tangan di dada masing masing ok. 

Burger KFC P Ramlee Nasi Kandar

Burger KFC P Ramlee Nasi Kandar

Bergetar Jiwa tak korang? Maaflah kualiti gambar tak berapa nak cantik! Aku snap dalam bilik hotel yang gelap. Tak faham  aku konsep bilik hotel yang guna lampu lampu romantik macam nih hehe. 

Dia nampak agak "messy" kan. Sesuai la dengan konsep nasi kandar. Kalau korang pernah makan nasi kandar tahu la cmne keadaan pinggan time nak makan tuh. Dengan kuah dia yang banyak pastuh lauk pauk lagi. haishh terliur pulak nak makan nasi kandar yang betul betul.

Burger KFC P Ramlee Nasi Kandar

Kat dalam dia macam nih, ada sayur. Kalau tak silap aku kobis la kot tuh! Pastuh dia letak timun jugak and of course the special sos. Cakap pasal sos nih guys, buka kotak dia pun aku dah boleh bau macam nasi kandar. Bau kuah kari ikan camtuh. 

Kalau korang pernah makan Zinger Hot & Spicy, camtuhlah dia punya basic and then dorang masukkan bahan bahan yang ada dekat nasi kandar dalam burger tersebut. Jadilah Burger P Ramlee Kuah Kari Kandar.

Burger KFC P Ramlee Nasi Kandar

Sebelum aku makan, aku dok fikirlah sedap ke tak tapi bila dah ngap satu kali "eh, not bad lah". Maksudnya combination burger dengan kuah kari kandar nih berjayalah bagi aku sebab ianya boleh diterima sebagai burger. Tak pelik langsung.

Rasa dia memang macam kari ikan pastuh bila kau gigit akan ada rasa crunchy disebabkan oleh ayam dan juga timun yang dorang masukkan dalam burger tuh. Rasa pedas dia pun ngam je. Lepas makan burger nih memang for sure kau akan mengidam nasi kandar betul betul haha.

Adakah ini petanda kita perlu travel ke Penang? 

Apa apa pun untuk korang yang belum rasa, pergilah beli sekarang sementara masih ada. Kadang kadang kita kena juga mencuba benda baru dalam hidup. ahgituh! Jadi, dengan itu berakhirlah kisah Burger P Ramlee Kuah Kari Kandar untuk kali ini. Kita jumpa lagi dalam entry akan datang. bye guys!
LihatTutupKomentar