Nasi Kukus Ayam Goreng Kena Rembat!

Nasi Kukus Ayam Goreng Kena Rembat, Nasi Kukus Ayam Goreng Sedap di Kelantan, Kedai makan sedap, Nasi Kukus, Makan Makan, Ayam Goreng Kukus Murah
Nasi Kukus Ayam Goreng Kena Rembat! | Hai korang! Kali nih aku nak share pasal tragedi nasi kukus yang berlaku pagi tadi. Susah jugaklah nak move dari kejadian tuh.

Alkisahnya, aku teman mak aku beli barang dekat kedai runcit. Lepas tuh ternampak kedai jual nasi kukus. Tak tahulah kenapa rasa teringin pulak makan nasi kukus di waktu pagi yang hening. So, aku beli la satu bungkus nasi kukus ayam goreng. 

Perasaan bahagia dapat beli nasi kukus tuh aku tak boleh nak ungkap dengan kata kata. Balik jer rumah aku letak nasi aku dekat atas meja ruang tamu and as usual aku akan masuk bilik and settle kan kerja mengedit video. 

Belum sempat siap edit, mak aku panggil cakap nasi kukus ayam goreng aku dah kena rembat dan tak lain tak bukan si perembat tuh adalah kucing hitam yang selalu berkeliaran dekat area rumah.

Menyirap tahu tak! Nasib baik kucing, kalau orang aku dah lama kentut dekat muka dia*gurau gurau

Untuk merawat hati yang luka nih, aku keluar balik pergi kedai sama and beli nasi kukus ayam goreng yang baru. Inilah rupa nasi kukus tuh.

Nasi Kukus Ayam Goreng

Harga nasi kukus ayam goreng nih RM5 tau korang! bagi aku dah cukup murah dah. Biasanya kalau dekat luar sana susah nak dapat harga macam nih. betul tak?

Rasa dia boleh tahan jugaklah, berbaloi aku keluar kali kedua untuk dapatkan nasi kukus baru selepas nasi kukus yang pertama tuh kena rembat dengan kucing hitam. Bila dah kenyang makan barulah tenang sikit. Takdelah fikir pasal kucing tuh haha.
LihatTutupKomentar