Sedap ke tak Grilled Butter Chicken dekat The Chicken Rice Shop?
Grilled butter chicken yang sedap di malaysia, Makanan sedap di The Chicken Rice Shop, Menu menarik untuk dicuba, tempat best untuk makan, restoren pilihan untuk makan, Ayam butter sedap, Butter Chicken sedap dan murah
Sedap ke tak Grilled Butter Chicken dekat The Chicken Rice Shop? Hai korang semua, tahu tak sekarang ini ada promosi dekat The Chicken Rice Shop? Aku pun baru jer tahu sebenarnya and sempat singgah dekat sana untuk cuba sendiri menu Grilled Butter Chicken dorang.
Tengok gambar grilled butter chicken dekat menu The Chicken Rice Shop pun dah tempting gila, tuh belum order lagi tapi tak boleh nak excited sangat sebab kadang kadang gambar tak sama macam yang betul betul punya kan.
Buka je menu tengok ada tiga pilihan meal yang sangat menarik bagi aku sebab ianya didatangkan dalam bentuk set. Walaupun aku datang bertiga tapi aku pilih untuk cuba Meal A sebab kalau order set untuk empat orang for sure tak akan habis punya.
Inilah dia hidangan set Grilled Butter Chicken untuk meal A yang didatangkan bersama nasi, sup, pak choy dan semestinya grilled butter chicken. Mesti korang pelik sebab kata set tapi tak ada air pun. Betullah tuh, set ini tak ada air tetapi yang menariknya, bila order set grilled butter chicken ini, korang boleh dapatkan Tropical Layer Tea dengan harga lebih murah iaitu RM4.50 sahaja (Harga asal Tropical Layer Tea adalah RM9.90).
First impression aku adalah portion ayam dia yang boleh dikatakan sangat besar dan kuah butter yang diletakkan bersama ayam pun boleh tahan banyak jugak tapi macam mana pulak dengan rasa? Sejujurnya sedap. Aku nih dah lama gila tak makan dekat The Chicken Rice Shop sebab menu yang dorang offer tak membuatkan aku craving nak makan dekat sana tapi this time around ada Grilled Butter Chicken yang sedap untuk aku repeat lagi ke sana next time.
Tapi sayanglah jugak sebab katanya offer ini untuk limited time only. Tak tahulah sampai bila dia available. Harapnya sampai hujung tahun or tahun depanlah sebab insyaallah kalau ada masa aku nak pergi lagi makan Grilled Butter Chicken ini. Korang yang baca ini dah cuba ke belum? Kalau belum bolehlah pergi sana untuk lunch atau dinner and for those yang dah try share lah sikit pendapat korang.