Sanggup menipu demi duit? Ini pengalaman aku dengan MLM

MLM penipu, scammer, kena tipu dengan MLM, bisnes MLM, tipu demi duit, scammer mlm,
Sanggup menipu demi duit? Ini pengalaman aku dengan MLM | Untuk segmen "My Story" kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang pengalaman aku dengan sebuah syarikat yang menjalankan bisnes Multilevel Marketing atau lebih dikenali dengan dengan nama pendeknya, MLM. Benda ini jadi dah lama tapi aku tak pernah share dekat blog. Jadi, aku ambil peluang yang ada untuk share sebab aktiviti MLM ini macam tak akan habis. Aku harap dengan perkongsian ini boleh elak benda yang sama berlaku dekat korang in future. Mungkin pengalaman setiap orang berbeza tapi at least korang boleh ambil cerita aku ini sebagai langkah berjaga jaga. 

Kejadian ini berlaku masa aku baru pindah KL untuk buat practical training. As a new comer dekat tempat aku menyewa of course lah aku nak kenal dengan jiran jiran, be friendly dengan dorang sebab hidup berjiran kan kena camtuh. haha. 

So nak dijadikan cerita, satu hari ini aku baru je balik dari kerja dan tiba tiba ada sorang kakak tegur aku sebab dia tak pernah nampak sebelum ini. It was a normal conversation macam jiran jiran berborak dan lepas tuh kitorang tukar contact number. If something happen in the neighborhood, kitorang boleh contact each other. itu jelah niat kenapa aku ok jer bagi no phone.


Dua tiga hari selepas tuh, Kakak ini contact aku bagitahu kawan dia ada tiket wayang free lebih, dia tanya aku nak join ke tak dorang tengok wayang dekat Pavilion. As a teenager yang masih terumbang ambing dengan hiburan dunia nih of course lah aku setuju nak join. Seriously masa tuh aku tak ada fikir langsung pasal niat disebalik "tengok wayang" dia tuh.

Aku dah lupa kitorang tengok movie apa  tapi it went well. Kalau tak silap movie tuh habis dalam jam 1100+- malam. Memandangkan dah lewat, aku rushing la nak balik rumah dengan Monorel tapi dia cakap jangan risau nanti kawan dia akan tolong hantarkan. Aku pon ok je la sebab orang nak hantar sampai depan pintu rumah kan. hehe.

On the way berjalan nak ke tempat parking, dia dah mula buat drama cakap nak singgah office ambil barang tertinggal. Aku masa tuh alahai sesuci lebaran lembab takleh fikir. Apa kejadahnya kau nak ambil barang malam malam buta. Masa tuh dah almost midnight kot, tak boleh ke ambil besok sebab besok kan kau akan datang office nih jugak untuk kerja sis! hey menyirap jer kalau ingat balik.

Aku pun melenggang la ikut sama. Masuk dekat office dia memang fancy gila korang. Kalau tengok depan mata, korang pon akan cakap wow. Mungkin itu sebab kenapa dia bawa "mangsa" pergi office. Nak brainwash sikit sikit bagi kita nih percaya dengan bisnes juta juta dia. Lepas dah "ambil barang tertinggal", kitorang pon naik kereta nak balik rumah.

Tapi drama tak habis dekat situ ya. Masa dalam kereta boleh pulak dia cakap nak pergi makan dulu. Memandangkan aku nih menumpang, aku pon ikut je la. Masa dekat kedai makan tuh rupa rupanya dah ada beberapa mangsa menunggu bersama pemangsa pemangsa lain untuk brainwash kitorang join MLM. 

Aku memang nekad, walau macam mana pon aku tak akan join. Aku tak pernah tahu pasal MLM sebelum ini tapi apa yang aku tahu, duit takkan datang bergolek depan mata kau senang senang. Isitilah goyang kaki dapat duit tak valid ok. 

Orang MLM ini memang tak putus asa, lepas sorang sorang datang nak yakinkan aku tapi aku still tak nak. Masa tuh dah nak jam 2 pagi tapi dorang masih lagi gigih. Aku nih besok pagi kena kerja, bila pulak aku nak tidur kalau jam 2 pagi masih dekat luar. Ikutkan hati memang nak cabut tapi aku tak boleh sebab nanti nak balik rumah naik apa? monorel dah tutup, teksi bayang pon tak nampak, grab?uber? time nih belum wujud lagi semua tuh. So nak tak nak kenalah hadap. 

Sambil dorang brainwash mangsa, aku adalah jugak baca pamplet dorang dan ternampak satu klaus yang menyatakan sekiranya aku dah bayar duit untuk join tapi decide untuk cancel dalam masa 7 hari, aku boleh dapatkan balik duit yang aku dah laburkan tuh. 

Waktu tuh jugaklah otak aku berfungsi dengan baik. Aku ambil keputusan untuk join sebab kalau aku refuse memang sampai subuh aku mereput dengar dorang membebel. Once aku kata nak join dan bayar terus settle tau korang. Masing masing bersiap sedia untuk balik. haha. 

Besok paginya pulak, sampai je dekat office aku terus whatsapp kakak wayang yang pandai berlakon tuh cakap kat dia aku nak refund sebab tak jadi join. Aku ingatkan senang la sebab duit tuh dia boleh bagi dekat aku time balik kerja nanti  tapi tidak semudah itu ya tuan tuan dan puan puan sekalian. Dia cakap duit tak ada dengan dia. Macam mana pun aku kena pergi office dia untuk collect duit. 

Dia ingat aku ini tak berapa cerdik macam hari hari sebelum ini ke? Aku tahu kalau aku pergi mesti dia akan basuh lagi supaya aku tak jadi cancel. Aku memang nekad untuk dapatkan balik duit tuh even amount dia takdelah kepok kepok tapi still duit ya. Lagi pun kalau aku biarkan macam tuh je sedap la dorang dapat duit senang senang. Kalau amek duit aku sikit duit orang lain sikit, tak ke nanti jadi banyak boleh guna buat beli ferrari 30 bijik.

Aku ikut jer permainan dorang, aku pergi jugak office tapi aku tunggu kat luar jer. Tiba tiba adalah sorang mamat nih tegur aku cakap kenapa nak cancel. Aku malas nak layan pastuh dia emosi sendiri cakap "inilah melayu, orang nak tolong jadi kaya pon tak nak yada yada yada"  Suka hati kaulah bang yang penting aku nak duit aku balik. 

Lepas tuh, kakak hauk tuh pun datang cakap aku kena masuk dalam sebab duit tuh dengan senior dia. Dia bawak aku masuk satu dewan besar, Ya ampun dalam tuh penuh dengan manusia. Rasanya lebih 100 orang kot kalau campur campur semua tapi memang taklah aku nak kira kan haha. Seperti biasa sesi membasuh masih lagi berlaku. Dia bawak sorang demi sorang (kali ini dia kenalkan dengan ahli yang kononnya dah berjaya la) untuk convince kan aku.  Time ini aku pulak yang emosi, aku cakap "Saya datang sini nak amek balik duit saya, bukannya nak dengar korang membebel cakap itu ini. Sekarang ini mana duit saya? nak bagi ke tak?".

Cuak jugak time tuh sebab aku sorang sorang je ok. tak bawak siapa siapa pon temankan tapi alhamdulillah dia bagi balik duit aku. Dapat je duit tuh aku terus cabut sambil hempas pintu dewan. Over gila tapi macam tuh la kisah aku dengan MLM. 

Nasihat aku pada korang, berhati hatilah dimana sahaja korang berada. Zaman sekarang ini bermacam macam cara orang guna untuk menipu orang lain sampaikan kadang kadang tuh kita tak sedar pun kita ditipu. Jadi, aku harap cerita aku nih menghiburkan korang semua dan pada masa yang sama boleh dijadikan sebagai iktibar.
LihatTutupKomentar